Friday 14 November 2014

Pes Mee Bandung & Madu Kelulut Syamile

Nak citer ni, best betul aktiviti semalam, apa tidaknya  aku cuti, mus suami ku pun cuti, kita jejalan KL.yeah .Aktiviti yang padat tapi menyenangkan. Ceh ada gak macam tu kan. Asal otak ku bebas daripada cengkaman kerja. hahah..Ingat nak jejealan berdua-duaan, tapi ada jugak yang tersangkut nak follow..hahaha.  Aktiviti yang utama ialah seperti biasa  melangsaikan yuran bulanan  MPV kemudian ke Seksyen 26, Shah Alam hantar order kepada  customer , Terima kasih kak Rohana Aziz, yang selama ini tak pernah ku kenal dan sahabat nya. Dan first time masuk KOBELCO Factory di Seksyen 26. kalau nak repeat order bagitau ye..

Aktiviti ke dua..jeng jeng .pergi ke KL atas urusan personal ..huhu tak payah citer lah. Cuma  nak bagitau dah lama tak jejalan KL macam best jer..beli apa yang patut dan makan apa yang nak makan..hihi

Asam pedas laksa - boleh tahan lah rasanya di Ampang Park



Setelah mengharungi "Jammed" di kota KL dan hujan yang membasahi bumi nampaknya tidak menunujkkan ingin berhenti, maka waktu itu cukuplah untuk memberitahu bahawa  kami kena keluar dari KL atas sebab yang telah dipastikan iaitu "time back" bagi warga KL setelah selesai berkerja seharian di Kota KL. So apa jomlah balaik abang oii..nanti pengsan kita tak dapat sampai ke rumah , tetiba banjir melanda  haru jadinya.

Aktiviti ke 3-Ambil si kecik dari sekolah then kena jumpa stokis madu kelulut asli permintaan dari pelanggan.


Madu kelulut Syamilee - Terbaik dari Ladang

Madu kelulut Syamilee - Terbaik dari Ladang


Alhamdullilah , Madu kelulut asli telah selamat kepada pelanggan kami, terima Puan Suria. Terima kasih semua.





Wednesday 5 November 2014

Madu Syamilee dari Ladang Syamilee




 firman Allah  SWT dalam  bahawa :-

"  akan keluarlah dari dalam badanya (lebah). Minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi syifa' (penawar) bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit"
Ayat  69, surah An-Nahli


Lebah kelulut menghasilkan MADU KELULUT yang mengandungi lebih banyak unsur anti-oksidan ; lebih asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenol. Lebah keulut juga menghasilkan PROPOLIS  yang mengandungi nilai-nilai anti-biotik semulajadi, anti-mikrob, anti-fungus, anti-tumor dan anti-kanser. Ia sangat berguna untuk dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan metaboisme badan,menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan , menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan alaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.


 


MADU KELULUT PELBAGAI SIZE

HARGA :-

1KG - RM 120.00

400 KG  - RM 60
200 G - RM 40
12 SACKET - RM 48
PROPOLIS  60 - RM 48

HARGA PRODUK TIDAK TERMASUK HARGA POS.

Sunday 2 November 2014

AYU BEUTY SOAP-PASTI HALAL DAN SELAMAT

Puas betul fikir kenapa ek awal bulan ari tu muka gatal2, Adoii.. bila tanya kekawan katanya mungkin air kot..ye ke..mungkin hormon..nak hormon apa lagi ek.. Tup tup teringat pada sabun yang aku dapat masa exhibition hari tu..Produk bebas daripada bahan terlarang..Mulanya tak percaya juga tapi nekad kan juga manalah tau hilang rasa gatal di muka..

Beberapa kai aku cuba, Alhamdullilah rasa gatal takde lagi..malah rasa segar pulak. Nak tahu rasanya nya bila memakainya muka terasa di bilik facial, bila jemari menari dimuka keluarkan rasa 'Mint' pastu rasa segar dan buih pun banyak , bila dibilas  kulit terasa lembut dan anjal. Sabun ini sekali dengan collogen tau. Kulit kita semakin hari semakin kurang collogen  jadi kena lah bagi sikit vitamin dan collogen untuk kelihatan awet muda dan cantik sepanjang masa.

Kini aku nak repeat order lah,.Sesiapa yang ingin mencuba tak salah lagi cari lah aku yek..Sabun ini aku namakan Ayu  Beuty Soap . Sebab apa aku namakan ayu beuty soap sebab bila pakai rasa ayu..hahaha..Suka hati jeq...tapi betul lah...

AYU BEUTY SOAP

Whatsapp ya....



Mee Bandung Malam ...SEDAPNYA

Sekarang ni cuaca tak menentukan..Bila jengah kat luar rumah cuaca  anas sungguh tetiba tak lama hujan lebat tapi tak lama , kelam kelibut kejar kain supaya titisan hujan tak sempat sentuh kain baju di ampaian..fuh memang dugaan betul...kena juga lah sikit ..kih kih..

Bila hujan gitu perut berkeroncong..hahah..bukan perut aku sorang, rupanya 2 perut juga menghadapi masalah yang sama ..huhuhu..
Nampak tak...sedap tak..







Nasib baik stok mi bandung dah sampai, apa lagi masak lah apa yang ada asal dapat perut dapat di isi. Kadang-kadang perlu juga stok segera ni, bukan untuk mempromosi tapi menolong menyelesaikan masalah hik hik..Jom apa lagi..stok dah sampai mai lah cuba pasti tak rugi.




Sunday 26 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAAL HIJRAH

Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga kehadiran Maal Hijrah ini akan memberi sinar yang baru dan kita semua akan dirahmati olehNYA. Insyallah.

Nih nak citer lah pasal biznes  yang kejap timbul kejap tenggelam. Hahahah..Setelah beberapa bulan tak ambil stok kan, semalam stok yang ditunggu pun sampai..terima kasih Nizam walaupun dah larut malam datang juga bagi memenuhi permintaan .  Dari penceritaan nya tentang biznes yang telah dilakukan berpuluh tahun ianya  amat menuntut kesabaran.  So bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan harap bersabar..algi2 macam aku yang kena lah  bersabar lah ye..

Petang tadi atas permintaan Nurdyracokkies, Subang, Paste Mi Bandung telah selamat dihantar ke kedainya. Sebentar tadi dapat panggilan dari customer nakkan paste kegemaran ini.. tapi yang menjadi kekesalan adalah setelah stok yang diminta dapat dipenuhi tetiba customer tu nak nombor directline owner product..hahaha..aku bagi jugak le..sukati lah dia nak contact direct..Aiman tak kisah.

Okies lah..dah tak de idea nak menaip ..Guruh kat luar rumah berbunyi berdentam dentum macam mennyuruh aku tido..huhi..esok nak keje..bai bai

Jumpa lagi ye//

Sesungguhnya aku menyayangi kuarga ku...

Monday 29 September 2014

Selamat Memasak Puan Suaray & Pn Safinas - My officemate


Kan saya dah bagitau dulu, kalau dah rasa mesti nak lagi...Sedap kan..tak tipu kan..Nah sekarang dah boleh masak pulak untuk family pula. Tentu anak-anak suka, sekali sekala tukar menu pula kan.

Suraya - order jangan tak order

Finas, jangan tak masak ya



Sesiapa yang nak merasa keenakan sila lah hubungi saya .....walahhh

Thursday 26 June 2014

FIRST TIME PROMOSI DI AMDAC(M) SDN BHD

 Assalamualaikum semua,

Lama betul tak menaip di blog aku sendiri, walaupun takde sapa yang perasan namun aku tetap nak menaip. 

Ni hah..saja nak post gambar rakan sekerja di tempat baru..hi hi.hi.. Dengan cuaca yang agak bahang di luar masing-masing keberatan nak keluar makan..nah aku sediakan kuah  mi bandung muar.hanya perlu didihkan air dan masukkan paste mi bandung muar lepas tu pecah kan telur, simple sangat. maaflah tak sempat nk beli isi kuah tu..tapi walaupun tak meriah kuahnya tapi licin... hihi. 

abis dah syam.

Sedap kan
Wah Ira..sempat posing gitu
Kalau nak terasa nk makan jangan segan silu nak order.

Tuesday 20 May 2014

Program Sambutan hari ibu - Shah Alam2, Puncak Alam

Kali ini  aku bukan nak post produk jualan tapi just nak share kegembiraanku.

Syukur ku atas rahmat mu Ya Allah. Program yang dirancang telah berakhir dengan jaya dan cemerlang. Setelah beberapa minggu tidurku sering  kelewatan namun semangat rakan seperjuangan memberi ku inspirasi untuk meneruskan perancangan ini dengan tanpa jemu.
Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka akan duduk sebaris dengan tetamu jemputan  diatas pentas dan  terujaku bersama mereka masih berada di ingatanku. Ingin ku khabarkan bahawa aku mempunyai team yang amat komited dengan tugasan yang diberi dan menjadikan program ini sukses. Alhamdulilah





Bersama dengan Ustazah Ros Izanuri , penceramah dan Penulis buku

Bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor - Pn Hjh Noraini Roslan

Thursday 15 May 2014

TERIMA KASIH ADIK LIYANA-UNIVERSITI MALAYSIA, BANGSAR

Diam tak diam dah setengah tahun berada di tahun 2014 ini, selepas bulan rejab ini, bulan syaaban kemudian bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat beragama islam iaitu bulan ramadhan. Ya Allah..temukan kami pada Ramadhan pada tahun ini sehingga tahun yang akan datang.

Oh ya..semalam aku mendapat panggilan talipun daripada student Universiti Malaysia , Bangsar yang meminta beriani darat.. Alhmadullilah info produk pak ngah melalui blog ini telah mendapat perhatian . Semoga perjalanan perniagaan online aku tetap suksess.  Terima kasih Allah kerana membuka jalan kepada ku.

Jangan lupa whatsapp dan hubungi saya jika mahukan hidangan yang cepat dan mudah .

Thursday 24 April 2014

MASAK DULU YA -ASAM PEDAS IKAN PARI JOHOR

Memandangkan anak akan masuk ke sekolah waktu tenghari aku mula memikirkan apa nak masak yang paling senang dan cepat. Masa mula berlalu, yang pasti jam 8:40 pagi aku perlu bergerak ke office.  Tup tup aha apalah yang susah sangat stok asam pedas johor kan ada..Apalagi terus memasak lah.

Tu.. kuah sedang mengelegak

Tadaaa....dah siap
Senang jer nak dihidangkan..

Mee Bandung Muar Tulang..mmmm


Nak cerita sikit lah, seingat aku tahun lepas ketika kumpulan aku menghadirikan kelas Umrah yang dianjurkan oleh syarikat, aku perasan ada seorang kakak yang suaminya juga akan pergi bersama-sama kami nanti  namun di sepanjang kelas  itu bermula aku tidak pernah berbual dengannya. 

Tiba tarikh yang dijanjikan kami sekumpulan mula bergerak ke Mekah dengan satu tujuan ialah mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Dengan nikmat Allah yang Maha kaya kakak yang aku maksudkan ialah rupanya seorang yang peramah dan sporting sangat. Di bumi Malaysia kami tidak sempat berkenalan namun di bumi yang penuh keberkatan itu telah menemukan kami dan ikatan silaturahim yang akrab.  Kini kakak tu adalah 'regular customer' ku...Syukran.

Terima kasih Kak Rozita semoga ikatan persahabatan terjalin selamanya.
Mee Bandung Muar dengan tulang...fuhhh




Sunday 13 April 2014

Pes Pecal & Segera di sediakan -

Assalamualaikum semua,

Sejak Pes Pecal di perkenalkan di sekitar ex office, ramai rakan-rakan memesan untuk mendapatkannya..kan saya dah kata mudah betul nak disediakan. Apapun terima kasih pada rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan saya tidak lupa kan awak semua. Miss U All. Terima kasih Basha kerana sudi mengirim foto ini. Bagi komen Sha.
Simple jer kan

Rasa lah dulu

Sesuai di makan bersama keluarga di waktu santai.  Jumpa lagi.

Wednesday 9 April 2014

PN FAZDILAH - PES PECAL DAN ASAM PEDAS HOHOR






Oh...Tadi Pn Fazdilah  WhatsApp ..Pes pecal dan Asam Pedas sudah terima . Alhamdullilah..Terima kasih Pn Fazdilah.jangan lupa orde lagi yer..

hantar melalui pos laju jer..
Alhmadullillah..






Tuesday 8 April 2014

AGEN COOKIES DIPERLUKAN


Semoga kalian yang membaca blog kecil saya berada didalam keadaan sihat hendaknya . Ketikan ini negara Malaysia dilimpahi dugaan kehilangan MH 370 dan negeri Selangor pula melancarkan catuan Air namun kehidupan seharian perl diteruskan.

Bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan sila hubungi saya untuk menjadi agen cookies.

Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.


Hubungi saya di talian /whatsApps : 0123441078

Pes Mee Bandung Mendarat di Kuching - Tk kak Suria & family

Assalamualaikum wbkt.  Sejak catuan air di Puncak Alam dilancarkan , kain baju bertimbun tak membasuh, tunggu air keluar ikut jadual yag diberikan.  Bila air keluar ohh appreciate sangat . Baru-baru ni seorang peminat setia Mi Bandung Muar yang tak putus membeli Paste Mee Bandung Muar menjamu tetamunya dengan hidangan Mee Bandung Muar, memang delicious.

Kak Suria dan tetamu menjamu selera dengan Mi bandung muar


Jumpa lagi...

Thursday 3 April 2014

PES ASAM PEDAS JOHOR

Ha'ah satu lagi produk dari Pak Ngah Food & Catering Services. Hidangan 'famous' daripada negeri Johor darul Takzim, mudah disediakan sesuai sangat nak bawa bercuti.


Harga Jualan : RM 7.50
Hubungi         : 0123441078 sms /WhatsApp

PES PECAL-MASAKAN TRADISI ASI JOHOR

Mencari pes pecal segera...nak cuba pes pecal segera . Aroma yang asli ..rasa sekali pasti hendak lagi. Nak rasa tak ??


Nak tau macammana nak buat pecal menggunakan Pes Pecal 

Sediakan bahan-bahan ini ya..

  1. Kangkung - 200 g
  2. Kacang Panjang - 200 g (direbus)
  3. Pucuk Ubi - 200 g (direbus)
  4. Taugeh - 200 g
  5. Tauhu - 200 g (digoreng)
  6. Tempe - 200 g (digoreng)
  7. Sengkuang - 200 g
  8. Timun - 200 g
  9. Air Panas - 150 ml
  10. Pes Pecal  250 g

Cara menggunakan

Campurkan air panas dan pechal. Masukkan campuran di atas No. 1 - 8. Gaul dan sedia dihidang.


Hidangan  : 8-10 orang
Harga        : RM  7.50
Hubungi    : 0123441078 - SMS /WhatsApp

Wednesday 19 March 2014

RESEPI MEMASAK BERIANI DARAT JOHOR

Pack Beriani Darat Johor
 NASI BERIANI

Bahan-bahan
  1. Beras
  2. Air (1.2 liter) (Gunakan jug sukatan air)
  3. Minyak campuran
  4. Susu campuran (dibancuh dengan air 100ml diambil dari bahan No. 2)
  5. Rempah tumis
  6. Bawang Goreng
  7. Rempah Beriani
  8. Kismis dan buah Gajus
  9. Pewarna
  10. Daun Pandan secukupnya untuk mengharumkan nasi

CARA MEMASAK

  1. Dididihkan air sebanyak 1 No.1 liter di dalam periuk 1.8 liter atau "rice cooker" 1.8 liter
  2. Masukkan bahan-bahan No. 35,6,7,8 dan 10
  3. Masukkan beras yang telah dibasuh
  4. Masukkan bahan No 4
  5. Kacau perlahan-lahan sehingga separuh kering
  6. Masukkan pewarna dan kacau
  1. Tutup rapat-rapat dan pastikan api yang kecil selama 20-30minit
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAUK BERIANI

Bahan-bahan

  1. Ayam-800gm / Daging Lembu -700gm/Daging Kambing -1kg
  2. Rempah beriani
  3. Minya campuran
  4. Bawang goreng
  5. Susu campuran (di bancuh dengan air 50ml diambil ari bahan no 6)
  6. Air - 500 ml
  7. Sos beriani Pak Ngah
  8. Kismis dan buah gajus
  9. Daun sadri,daun bawang,daun ketumbar,ada hijau dan daun pudina (jika perlu)-70gm(dihiris)
 CARA-CARANYA

  1. Ayam/Daging/Kambing dibasuh
  2. Rempah Beriani di tumis dengan minyak campuran sebingga harum baunya(periuk 1.8 liter) jangan tumis terlalu lama.
  3. Masukkan bahan no 6 dahulu dan dikuti dengan bahan no 4,5,7,8 dan 9.
  4. Apabila mendidih masukan daging ayam/daging lembu/kambing sehingga masak (daging lembu/daging kambing hendaklah direbus sehingga 3/4 masak terlebih dahulu)
  5. tentukan api yang kecil selama 20-30 minit
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DALCA SAYUR

Bahan-bahan

  1. Kacang Dal
  2. Rempah kari
  3. Air - 1000 ml
  4. Minyak masak
  5. Bawang goreng
  6. Rema Tumis
  7. Susu campuran d(Dibancuh dengan air 100 ml diambil dari bahan no 3)
  8. Daun kari
Bahan tambahan
Kacang panjang, lobak,entang,terung dan 4 biji cili merah

CARA MEMASAK

  1. Kacang dal direbus selama 30 minit dengan baki air sebanyak 900ml. Periuk jangan ditutup. Air rebusan jagan dibuang (1.8 liter)
  2. Tumiskan rempah tumis,rempah kari an daun kari sehingga arum baunya.
  3. Masukkan kacang al dengan air rebusannya dan diikuti dengan bawang goreng.
  4. Masukkan bahan no 7
  5. Masukkan sayur-sayuran
  6. Pastikan api yag kecil selama 20-30 minit.

RESEPI MEMASAK MEE BANDUNG MUAR



  RESEPI MEMASAK MEE BANDUNG MUAR 


Bahan-bahan

Pes Mi Bandung
Tauhu 1 keping (di goreng)
Sayur sawi hijau - 100g
Sotong kering - 50g
Udang - 50g
Telur ayam - 5 biji
Air - 102 liter
Mi Kuning - 400g

Cara Memasak 

Didihkan air sebanyak 102 liter. Masukkan Mi Bandung Pes dan biarkan mendidih selama 5 minit. Masukkan tauhu,udang dan sotong kering. Selepas itu masukkan telur sebiji-sebiji sehingga masak. Masukkan Mi kuning dan sayur sawi hijau. Biarkan selama 2-3 minit.
Hidangkan
                     

Wednesday 12 March 2014

KINI BERIANI DARAT JOHOR & PASTE MI BANDUNG DI NURDYRACOOKIES HOUSE

Suasana kedai comel di Subang mengamit hati ku, kenangan bersama pemilik Nurdycookies cukup menyentuh hati . Setelah sekian lama tidak bersua ,semalam petang jumaat yang amat menyentuh perasaan aku dengan pemilik Nurdycookies . Sempat jugak meraikan hari kelahiran sahabat perjuangan Pn Rozita.  Oh ya , atas permintaan sahabat sekelian kini  Nasi  Beriani Darat dan Mi Bandung Muar boleh didapati di Nudrycookies House di Subang. Jangan ketinggalan singgah sebentar dan melihat serta mendapatkan cookies yang enak-enak sangat. 

Jangan ketinggalan
Pn Zaitun pemilik nurdycookies house










Jangan ketinggalan kini berada di Subang. Jom serang.....



REPEAT ORDER DARI PN AZILAH

Demi tidak menghampakan pelanggan , petang tadi aku bergegas ke Nurdyracookies House untuk mengambil stok Nasi Beriani Darat atas permintaan kedua dari Pn Azila untuk kakaknya yang berkerja di Bangi. Walaupun stok dirumah sudah kehabisan namun aku usahakan untuk tidak mengecewakan pelanggan. Baki permintaan akan aku penuhi setelah Pak Ngah Food menghantar produknya tidak lama lagi.

ini jer yang dapat dipinjamkan oleh Nurdyracookies House 


Pn Azilah kata "kalau boleh saya nak lagi mungkin 10 kotak lagi" . .Alhamdullilah...Syukur rezeki tak putus.

P/s :  Terima kasih Pn Azila, Insyallah barangan produk sampai saya akan hubungi Puan.




Monday 10 March 2014

BERIANI DARAT JOHOR -SEDAP

Walaupun diluar cuaca sangat panas dan kering, jerebu pula semakin tebal ditambah lagi masalah dengan catuan air. Dengan cuaca yang tidak berapa baik elok kita hindari dari melakukan aktiviti luar dan bagi menambahkan kehormonian keluarga tidak salah jika si isteri memasak untuk keluarga dengan hidangan yang mudah untuk disediakan dan pastinya sedap.

Untuk pertama kalinya Puan Idawati telah mencuba pack Nasi Beriani Darat Johor. Pn Idawati Komen " Senang di masak, main campak..macam terror.. walaupun tidak masak kuah dalca ,makan macam tu je dah sedap"



Setakat ni model termuda Nasi Beriani Darat Johor 




 Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba , sila hubungi saya atau whatsapp di talian 0123441078.

Selamat mencuba..


Thursday 23 January 2014

PEMILIK NURDYRACOOKIES HOUSE, SUBANG PERMAI, SUBANG

Baru-baru ini atas permintaan Pn Zaiton pemilik Nudrycookies House ,stok paste mee bandung dan nasi beriani telah pun diedarkan ke Nudrycookies House di Subang .Bagi sesiapa yang tinggal di area Subang boleh lah membeli Nasi Beriani Darat dan Paste Mee Bandung di Nudyracookies House. Masih panazz  cepat-cepat jangan ketinggalan.

Atas kesuntukan masa sampai lupa nak snap gambar, apa-apapun terima kasih atas sokongan Pn Zaiton Nudrycookies house. Semoga suksess dan berjaya. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Nurdyracookies House sila layari FB beliau just taip Nudrycookies House




Kzis Zis Zaiton Ismail
Semoga success kak ton.




Monday 13 January 2014

SALAM MAULIDURASUL

Syukur ke hadrat illahi kerana masih lagi bernafas di alam fana . Diberi kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga tercinta.  Sempena menyambut Maulidurasul pada hari ini, Rafeah Bandung Bizz mengucapkan selamat bercuti dan semoga  kalian dapat menghayati keindahan sifat Rasullullah,ketakwaannya,  kebijaksanaannya ,ketulusannya dan segala kebaikan dalam dirinya   akan menjadi panduan kepada  kita bagi melayari perjalanan hidup dan mendapat keredhaan Allah yang Esa.

Semoga kalian akan sentiasa diahmati ALLAH dan marilah kita berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW. 


p/s : Menitis air mata bila teringat  menjadi tetamu di Masjid Nabawi . Mudahan Allah memperkenanakan doaku untuk menjadi tetamunya akan datang.

Tuesday 7 January 2014

JUALAN TERBARU 2014

IZ FIBER 11 (TWO)

PERUT BUNCIT ???? SEMBELIT ??? @ OBESITI 
RM 39.90 (SM) / RM 44.90 (SS) termasuk postage
10 sachet.


IZ Fiber 11 "KING OF FRUIT" Epal Fiber mengandungi pectin untuk membantu KOLESTROL dan LEMAK diserapkan kedalam badan. Membantu mencuci & mengawal fungsi USUS, menangani masalah SEMBELIT (Pembuangan lawas tanpa cirit-birit).

Kebaikan Pengambilan Fiber Epal diangga sebagai "King Of Fruit" :

a)  Mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Epal Fiber mengandungi pektin tinggi ia bergabungan dengan kolestrol dan membuang lemak tak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan.

b) Mengawal paras glukos darah, menghalang naik turun paras glukos.

c) Mengelakkan sembelit.

Hanya beberapa jam lemak di dalam perut / badan akan terbuang melalui proses pembuangan air besar (minyak lendir, kolestro) serta air kencing @ perpeluhan.

CUBALAH SEKARANG...
  ----------------------------------------****************-----------------------------------------
 SAKIT LUTUT ?? SENDI ???..ADUH SAKITNYA

KINI ADA PENAWARNYA..

IZ WELLIN 11 (TWO)
(SM) RM 188 / (SS) RM 194  - 30 Sacket




Punca berlakunya sakit lutut / Sendi

1. Faktor Usia
2. Obesiti (Beban pada lutut)
3. Berlakunya kemalangan
4. Peyakit di bahagian sendi
5. Kekurangan cecair sinovel


Apa yang terkandung dalam Wellin 11

BOSWELLIA SERATA

Boswellia Serata tumbuh subur di India. Resin getah dari  serrata Boswellia, digunakan sebagai agen anti-inflamasi dengan kehadiran " asid boswellic". Asid Boswellic menghalang dua pro-inflamasi enzim - 5-lipoxygenase dan Human Leukosit elastase (hle).
Tindakan ini menghalang proses inflamasi adalah unik untuk asid boswellic. Tindakan Boswellia kebaikan boswellia serupa dengan ubat anti-inflamasi non-steriod, boswellia menghalang 5-LOX, enzim pertama dikeluarkan pada jalan metabolisme untuk membentuk sistem imum sitokin yang dikenali sebagai elastase leukosit manusia (HLE).
HLE dan paras leukotriene akan meningkat pada masalah inflamasi dan reaksi alergi. Boswellia adalah hanya herba yang dikenali iutuk mengurangkan tahap HLE dan lrukotrien.

Kebaikan Boswellia

  • Mencegah kerosakan tulang rawan dan sendi
  • Mengurangkan sel imum yang menyebabkan keradangan
  • Meningkatkan bekalan darah ke sendi
  • Menenagkan sendi dengan cecair sinovial, struktur menjadi licin dan mudah untuk bergerak.
Kurkumin

Kurkumin adalah dari akar tanaman kunyit. Kunyit adalah rempah-rempah India Kuno dan ubat tradisional untuk meningkatkan keimunan tubuh. Kalsium laktat kalsium merupakan salah satu nutrisi utama dalam menjaga tulang kuat dan sihat. Pengambilan kalsium membantu dalam memudahkan pergerakan nutrisi melintasi membran sel. Dengan menjaga kesihatan tulang, kalsium perlu untuk pencegahan osteoporosis. Asupa kalsium membantu dalam mengurangkan sakit punggung dengan menguatkan tulang.

Penyakit rheumatoid arthritis adalah salah satu punca penyakit yang memerlukan Iz Wellin 11 (Two) untuk tujuan penyembuhan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 3-6 kotak untuk menumbuhkan semula cecair sinovial di lutut. Digalakkan pengambian dengan IZ Pure Collagen 10,000 mg untuk membantu dalam proses pemulihan.










Friday 3 January 2014

PENGHANTARAN KE SAPURA - NASI BERIANI DARAT

Rafeah Bandung menawarkan penghantaran setiap pembelian walaupun hanya kuantiti yang kecil, tapi amat bermakna untuk tidak mengecewakan pelanggan. Dimana sahaja anda berada Rafeah Bandung sedia membantu. Hari ini penghantaran ke Sapura telah pun selesai dan berharap penghantran tersebut akan diterima dengan selamatnya.

 kaunter Pej Pos Mini Puncak Alam



Setiap pelanggan kami akan melayan sebaik mungkin. Insha Allah..