Thursday 24 April 2014

MASAK DULU YA -ASAM PEDAS IKAN PARI JOHOR

Memandangkan anak akan masuk ke sekolah waktu tenghari aku mula memikirkan apa nak masak yang paling senang dan cepat. Masa mula berlalu, yang pasti jam 8:40 pagi aku perlu bergerak ke office.  Tup tup aha apalah yang susah sangat stok asam pedas johor kan ada..Apalagi terus memasak lah.

Tu.. kuah sedang mengelegak

Tadaaa....dah siap
Senang jer nak dihidangkan..

Mee Bandung Muar Tulang..mmmm


Nak cerita sikit lah, seingat aku tahun lepas ketika kumpulan aku menghadirikan kelas Umrah yang dianjurkan oleh syarikat, aku perasan ada seorang kakak yang suaminya juga akan pergi bersama-sama kami nanti  namun di sepanjang kelas  itu bermula aku tidak pernah berbual dengannya. 

Tiba tarikh yang dijanjikan kami sekumpulan mula bergerak ke Mekah dengan satu tujuan ialah mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Dengan nikmat Allah yang Maha kaya kakak yang aku maksudkan ialah rupanya seorang yang peramah dan sporting sangat. Di bumi Malaysia kami tidak sempat berkenalan namun di bumi yang penuh keberkatan itu telah menemukan kami dan ikatan silaturahim yang akrab.  Kini kakak tu adalah 'regular customer' ku...Syukran.

Terima kasih Kak Rozita semoga ikatan persahabatan terjalin selamanya.
Mee Bandung Muar dengan tulang...fuhhh




Sunday 13 April 2014

Pes Pecal & Segera di sediakan -

Assalamualaikum semua,

Sejak Pes Pecal di perkenalkan di sekitar ex office, ramai rakan-rakan memesan untuk mendapatkannya..kan saya dah kata mudah betul nak disediakan. Apapun terima kasih pada rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan saya tidak lupa kan awak semua. Miss U All. Terima kasih Basha kerana sudi mengirim foto ini. Bagi komen Sha.
Simple jer kan

Rasa lah dulu

Sesuai di makan bersama keluarga di waktu santai.  Jumpa lagi.

Wednesday 9 April 2014

PN FAZDILAH - PES PECAL DAN ASAM PEDAS HOHOR






Oh...Tadi Pn Fazdilah  WhatsApp ..Pes pecal dan Asam Pedas sudah terima . Alhamdullilah..Terima kasih Pn Fazdilah.jangan lupa orde lagi yer..

hantar melalui pos laju jer..
Alhmadullillah..






Tuesday 8 April 2014

AGEN COOKIES DIPERLUKAN


Semoga kalian yang membaca blog kecil saya berada didalam keadaan sihat hendaknya . Ketikan ini negara Malaysia dilimpahi dugaan kehilangan MH 370 dan negeri Selangor pula melancarkan catuan Air namun kehidupan seharian perl diteruskan.

Bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan sila hubungi saya untuk menjadi agen cookies.

Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.


Hubungi saya di talian /whatsApps : 0123441078

Pes Mee Bandung Mendarat di Kuching - Tk kak Suria & family

Assalamualaikum wbkt.  Sejak catuan air di Puncak Alam dilancarkan , kain baju bertimbun tak membasuh, tunggu air keluar ikut jadual yag diberikan.  Bila air keluar ohh appreciate sangat . Baru-baru ni seorang peminat setia Mi Bandung Muar yang tak putus membeli Paste Mee Bandung Muar menjamu tetamunya dengan hidangan Mee Bandung Muar, memang delicious.

Kak Suria dan tetamu menjamu selera dengan Mi bandung muar


Jumpa lagi...

Thursday 3 April 2014

PES ASAM PEDAS JOHOR

Ha'ah satu lagi produk dari Pak Ngah Food & Catering Services. Hidangan 'famous' daripada negeri Johor darul Takzim, mudah disediakan sesuai sangat nak bawa bercuti.


Harga Jualan : RM 7.50
Hubungi         : 0123441078 sms /WhatsApp

PES PECAL-MASAKAN TRADISI ASI JOHOR

Mencari pes pecal segera...nak cuba pes pecal segera . Aroma yang asli ..rasa sekali pasti hendak lagi. Nak rasa tak ??


Nak tau macammana nak buat pecal menggunakan Pes Pecal 

Sediakan bahan-bahan ini ya..

  1. Kangkung - 200 g
  2. Kacang Panjang - 200 g (direbus)
  3. Pucuk Ubi - 200 g (direbus)
  4. Taugeh - 200 g
  5. Tauhu - 200 g (digoreng)
  6. Tempe - 200 g (digoreng)
  7. Sengkuang - 200 g
  8. Timun - 200 g
  9. Air Panas - 150 ml
  10. Pes Pecal  250 g

Cara menggunakan

Campurkan air panas dan pechal. Masukkan campuran di atas No. 1 - 8. Gaul dan sedia dihidang.


Hidangan  : 8-10 orang
Harga        : RM  7.50
Hubungi    : 0123441078 - SMS /WhatsApp