Wednesday 19 March 2014

RESEPI MEMASAK BERIANI DARAT JOHOR

Pack Beriani Darat Johor
 NASI BERIANI

Bahan-bahan
  1. Beras
  2. Air (1.2 liter) (Gunakan jug sukatan air)
  3. Minyak campuran
  4. Susu campuran (dibancuh dengan air 100ml diambil dari bahan No. 2)
  5. Rempah tumis
  6. Bawang Goreng
  7. Rempah Beriani
  8. Kismis dan buah Gajus
  9. Pewarna
  10. Daun Pandan secukupnya untuk mengharumkan nasi

CARA MEMASAK

  1. Dididihkan air sebanyak 1 No.1 liter di dalam periuk 1.8 liter atau "rice cooker" 1.8 liter
  2. Masukkan bahan-bahan No. 35,6,7,8 dan 10
  3. Masukkan beras yang telah dibasuh
  4. Masukkan bahan No 4
  5. Kacau perlahan-lahan sehingga separuh kering
  6. Masukkan pewarna dan kacau
  1. Tutup rapat-rapat dan pastikan api yang kecil selama 20-30minit
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAUK BERIANI

Bahan-bahan

  1. Ayam-800gm / Daging Lembu -700gm/Daging Kambing -1kg
  2. Rempah beriani
  3. Minya campuran
  4. Bawang goreng
  5. Susu campuran (di bancuh dengan air 50ml diambil ari bahan no 6)
  6. Air - 500 ml
  7. Sos beriani Pak Ngah
  8. Kismis dan buah gajus
  9. Daun sadri,daun bawang,daun ketumbar,ada hijau dan daun pudina (jika perlu)-70gm(dihiris)
 CARA-CARANYA

  1. Ayam/Daging/Kambing dibasuh
  2. Rempah Beriani di tumis dengan minyak campuran sebingga harum baunya(periuk 1.8 liter) jangan tumis terlalu lama.
  3. Masukkan bahan no 6 dahulu dan dikuti dengan bahan no 4,5,7,8 dan 9.
  4. Apabila mendidih masukan daging ayam/daging lembu/kambing sehingga masak (daging lembu/daging kambing hendaklah direbus sehingga 3/4 masak terlebih dahulu)
  5. tentukan api yang kecil selama 20-30 minit
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DALCA SAYUR

Bahan-bahan

  1. Kacang Dal
  2. Rempah kari
  3. Air - 1000 ml
  4. Minyak masak
  5. Bawang goreng
  6. Rema Tumis
  7. Susu campuran d(Dibancuh dengan air 100 ml diambil dari bahan no 3)
  8. Daun kari
Bahan tambahan
Kacang panjang, lobak,entang,terung dan 4 biji cili merah

CARA MEMASAK

  1. Kacang dal direbus selama 30 minit dengan baki air sebanyak 900ml. Periuk jangan ditutup. Air rebusan jagan dibuang (1.8 liter)
  2. Tumiskan rempah tumis,rempah kari an daun kari sehingga arum baunya.
  3. Masukkan kacang al dengan air rebusannya dan diikuti dengan bawang goreng.
  4. Masukkan bahan no 7
  5. Masukkan sayur-sayuran
  6. Pastikan api yag kecil selama 20-30 minit.

RESEPI MEMASAK MEE BANDUNG MUAR



  RESEPI MEMASAK MEE BANDUNG MUAR 


Bahan-bahan

Pes Mi Bandung
Tauhu 1 keping (di goreng)
Sayur sawi hijau - 100g
Sotong kering - 50g
Udang - 50g
Telur ayam - 5 biji
Air - 102 liter
Mi Kuning - 400g

Cara Memasak 

Didihkan air sebanyak 102 liter. Masukkan Mi Bandung Pes dan biarkan mendidih selama 5 minit. Masukkan tauhu,udang dan sotong kering. Selepas itu masukkan telur sebiji-sebiji sehingga masak. Masukkan Mi kuning dan sayur sawi hijau. Biarkan selama 2-3 minit.
Hidangkan
                     

Wednesday 12 March 2014

KINI BERIANI DARAT JOHOR & PASTE MI BANDUNG DI NURDYRACOOKIES HOUSE

Suasana kedai comel di Subang mengamit hati ku, kenangan bersama pemilik Nurdycookies cukup menyentuh hati . Setelah sekian lama tidak bersua ,semalam petang jumaat yang amat menyentuh perasaan aku dengan pemilik Nurdycookies . Sempat jugak meraikan hari kelahiran sahabat perjuangan Pn Rozita.  Oh ya , atas permintaan sahabat sekelian kini  Nasi  Beriani Darat dan Mi Bandung Muar boleh didapati di Nudrycookies House di Subang. Jangan ketinggalan singgah sebentar dan melihat serta mendapatkan cookies yang enak-enak sangat. 

Jangan ketinggalan
Pn Zaitun pemilik nurdycookies house










Jangan ketinggalan kini berada di Subang. Jom serang.....



REPEAT ORDER DARI PN AZILAH

Demi tidak menghampakan pelanggan , petang tadi aku bergegas ke Nurdyracookies House untuk mengambil stok Nasi Beriani Darat atas permintaan kedua dari Pn Azila untuk kakaknya yang berkerja di Bangi. Walaupun stok dirumah sudah kehabisan namun aku usahakan untuk tidak mengecewakan pelanggan. Baki permintaan akan aku penuhi setelah Pak Ngah Food menghantar produknya tidak lama lagi.

ini jer yang dapat dipinjamkan oleh Nurdyracookies House 


Pn Azilah kata "kalau boleh saya nak lagi mungkin 10 kotak lagi" . .Alhamdullilah...Syukur rezeki tak putus.

P/s :  Terima kasih Pn Azila, Insyallah barangan produk sampai saya akan hubungi Puan.




Monday 10 March 2014

BERIANI DARAT JOHOR -SEDAP

Walaupun diluar cuaca sangat panas dan kering, jerebu pula semakin tebal ditambah lagi masalah dengan catuan air. Dengan cuaca yang tidak berapa baik elok kita hindari dari melakukan aktiviti luar dan bagi menambahkan kehormonian keluarga tidak salah jika si isteri memasak untuk keluarga dengan hidangan yang mudah untuk disediakan dan pastinya sedap.

Untuk pertama kalinya Puan Idawati telah mencuba pack Nasi Beriani Darat Johor. Pn Idawati Komen " Senang di masak, main campak..macam terror.. walaupun tidak masak kuah dalca ,makan macam tu je dah sedap"



Setakat ni model termuda Nasi Beriani Darat Johor 




 Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba , sila hubungi saya atau whatsapp di talian 0123441078.

Selamat mencuba..