Monday 30 December 2013

DARI JOHOR SINGGAH KE SUBANG, SELANGOR - ENAKNYA..NASI BERIANI DARAT

Kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak membuatkan terlupa hendak post foto hidangan enak dari Puan Zarina. Hidangan nasi beriani darat  sedap dimakan bersama dalca daging tetel.  Fuhh..suasana yang hormoni  membangkitkan lagi aroma nasi beriani  apatah lagi makan bersama keluarga tercinta. Jom kita layan foto dan hidangan daripada Pn Zarina. Terima kasih kerana share foto bersama Rafeahbandung.blogspot.com

Bestttt...

Selamat menjamu selera


Selamat menyambut tahun baru 2014 dan ceria selalu.

Friday 27 December 2013

PANDAINYA MASAK NASI BERIANI DARAT - PN ZARITH

Cuaca di Puncak Alam agak mendung, sekali sekala terdengar kokokan ayam jantan belaan oleh seorang  dari jiran tetangga seolah-olah terasa  macam suasana kampung rasanya. Gelak ketawa anak-anak bermain dengan anak-anak jiran juga meriuhkan suasana damai di kawasan perumahan 2B6. Oh ya, ingat tak tempohari saya pernah tag dalam blog , permintaan dari Pn Zarith dari Johor. Alhamdullilah penghantaran Nasi Beriani DaRat  telah selamat medarat di rumah beliau dan hari ini beliau sudi tag foto dengan hidangan nasi beriani darat  untuk hidangan makan tengahari bersama keluarga tercinta. 

"Ternyata sedap..Tq Pn Rafeah sebab memudahkan kerja saya sebagai isteri dengan hidangan yang sedap dan mudah disediakan. Suami saya puji sangat sedap " - Wasapp dari Pn Zarith.

Bahan-bahan untuk penyediaan NBDJ


Wah...Sedapnya
Tada...dah siap

Ada Ummppph
 Selamat menjamu selera..Apa lagi order cepat..



Wednesday 25 December 2013

SELAMAT THUN BARU 2014

RAFEAH BANDUNG ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengemar blog,pelayar blog dan khas diucapkan kepada pelanggan setia yang tidak putus memberi sokongan dan pembelian mereka amat saya hargai. Semua pelanggan saya , semoga kalian sentiasa ceria dan saya ingin mengiktirafkan mereka sebagai Sahabat  bandung 1. Bagi pelanggan baru saya ingin mengucapkan selamat datang ke dunia Rafeah Bandung dan saya gelarkan mereka rakan bandung 2. Wajah ceria sahabat bandung 1 dan rakan bandung 2 akan disiarkan di blog Rafeah Bandung tidak lama lagi.

Semoga dengan kehadiran tahun baru 2014 akan memberi keajaiban pada perniagaan kecilan saya dan akan memberi kepuasan kepada semua.

Selamat tahun baru 2014 dan jumpa lagi


Thursday 19 December 2013

POS LAJU UNTUK PUAN ZARITH DARI SKUDAI, JOHOR

Wah lama betul tak update blog, kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan anak-anak dan kerjaya. Namun biz tetap 'ON'. Permintaan dari Puan Zarith dari Skudai, Johor telah selamat di hantar petang tadi. Semoga penghantaran selamat diterima.



Terima kasih Puan Zarith dan diucapkan Selamat Bercuti..



Thursday 5 December 2013

Permintaan Nasi Beriani Darat Johor dan BeauRose Feinie Wash dari Subang 2, Subang

Walaupun Subang perdana dibasahi rintikan hujan pada hari penghantaran  namun 'customer' dari  Subang 2sedikit pun tidak mengeluh untuk mengambil 'order'  bagi anak beliau. Malahan beliau juga membeli BeauRose Feminine Wash untuk pertama kali untuk mencuba demi kesihatan diri sendiri.



Terima kasih Pn Zarina kerana menyokong bisness saya..jangan lupa 'order' lagi dan jumpa lagi.

Nasi Beriani Darat Johor - Sedia untuk dimakan..


Wah ...dari lukut ke puncak alam hantar hidangan Nasi Beriani Darat Johor. , Ala nape  Pn Aina hantar 'pic' sahaja bukan hidangan betul.  Walaupun beliau masih dalam pantang melahirkan cahayamata, namun tugas sebagai ibu dan isteri tidak dilupakan. Memasak adalah hobi beliau dengan kesuntukan dan kepadatan waktu beliau tetap memasak . Dengan adanya Nasi Beriani Darat Johor beliau memasak untuk keluarga beliau tanpa tambahan apa-apa, cuma tambah ayam untuk lauk beriani.


"Nasi sedap,rempah lauk dengan dalca sedap kak..fuhh senang je watt..
x payah nak potong2 bawang  ni ..sume tumis je - Pn Aina"


Terima kasih Pn Aina kerana sudi menghantar 'pic'. Semoga silaturahim berkekalan sehingga hayat.