Thursday 24 April 2014

Mee Bandung Muar Tulang..mmmm


Nak cerita sikit lah, seingat aku tahun lepas ketika kumpulan aku menghadirikan kelas Umrah yang dianjurkan oleh syarikat, aku perasan ada seorang kakak yang suaminya juga akan pergi bersama-sama kami nanti  namun di sepanjang kelas  itu bermula aku tidak pernah berbual dengannya. 

Tiba tarikh yang dijanjikan kami sekumpulan mula bergerak ke Mekah dengan satu tujuan ialah mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur. Dengan nikmat Allah yang Maha kaya kakak yang aku maksudkan ialah rupanya seorang yang peramah dan sporting sangat. Di bumi Malaysia kami tidak sempat berkenalan namun di bumi yang penuh keberkatan itu telah menemukan kami dan ikatan silaturahim yang akrab.  Kini kakak tu adalah 'regular customer' ku...Syukran.

Terima kasih Kak Rozita semoga ikatan persahabatan terjalin selamanya.
Mee Bandung Muar dengan tulang...fuhhh




No comments: