Sunday, 2 November 2014

AYU BEUTY SOAP-PASTI HALAL DAN SELAMAT

Puas betul fikir kenapa ek awal bulan ari tu muka gatal2, Adoii.. bila tanya kekawan katanya mungkin air kot..ye ke..mungkin hormon..nak hormon apa lagi ek.. Tup tup teringat pada sabun yang aku dapat masa exhibition hari tu..Produk bebas daripada bahan terlarang..Mulanya tak percaya juga tapi nekad kan juga manalah tau hilang rasa gatal di muka..

Beberapa kai aku cuba, Alhamdullilah rasa gatal takde lagi..malah rasa segar pulak. Nak tahu rasanya nya bila memakainya muka terasa di bilik facial, bila jemari menari dimuka keluarkan rasa 'Mint' pastu rasa segar dan buih pun banyak , bila dibilas  kulit terasa lembut dan anjal. Sabun ini sekali dengan collogen tau. Kulit kita semakin hari semakin kurang collogen  jadi kena lah bagi sikit vitamin dan collogen untuk kelihatan awet muda dan cantik sepanjang masa.

Kini aku nak repeat order lah,.Sesiapa yang ingin mencuba tak salah lagi cari lah aku yek..Sabun ini aku namakan Ayu  Beuty Soap . Sebab apa aku namakan ayu beuty soap sebab bila pakai rasa ayu..hahaha..Suka hati jeq...tapi betul lah...

AYU BEUTY SOAP

Whatsapp ya....



Mee Bandung Malam ...SEDAPNYA

Sekarang ni cuaca tak menentukan..Bila jengah kat luar rumah cuaca  anas sungguh tetiba tak lama hujan lebat tapi tak lama , kelam kelibut kejar kain supaya titisan hujan tak sempat sentuh kain baju di ampaian..fuh memang dugaan betul...kena juga lah sikit ..kih kih..

Bila hujan gitu perut berkeroncong..hahah..bukan perut aku sorang, rupanya 2 perut juga menghadapi masalah yang sama ..huhuhu..
Nampak tak...sedap tak..







Nasib baik stok mi bandung dah sampai, apa lagi masak lah apa yang ada asal dapat perut dapat di isi. Kadang-kadang perlu juga stok segera ni, bukan untuk mempromosi tapi menolong menyelesaikan masalah hik hik..Jom apa lagi..stok dah sampai mai lah cuba pasti tak rugi.




Sunday, 26 October 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI MAAL HIJRAH

Selamat menyambut Maal Hijrah, semoga kehadiran Maal Hijrah ini akan memberi sinar yang baru dan kita semua akan dirahmati olehNYA. Insyallah.

Nih nak citer lah pasal biznes  yang kejap timbul kejap tenggelam. Hahahah..Setelah beberapa bulan tak ambil stok kan, semalam stok yang ditunggu pun sampai..terima kasih Nizam walaupun dah larut malam datang juga bagi memenuhi permintaan .  Dari penceritaan nya tentang biznes yang telah dilakukan berpuluh tahun ianya  amat menuntut kesabaran.  So bagi sesiapa yang menjalankan perniagaan harap bersabar..algi2 macam aku yang kena lah  bersabar lah ye..

Petang tadi atas permintaan Nurdyracokkies, Subang, Paste Mi Bandung telah selamat dihantar ke kedainya. Sebentar tadi dapat panggilan dari customer nakkan paste kegemaran ini.. tapi yang menjadi kekesalan adalah setelah stok yang diminta dapat dipenuhi tetiba customer tu nak nombor directline owner product..hahaha..aku bagi jugak le..sukati lah dia nak contact direct..Aiman tak kisah.

Okies lah..dah tak de idea nak menaip ..Guruh kat luar rumah berbunyi berdentam dentum macam mennyuruh aku tido..huhi..esok nak keje..bai bai

Jumpa lagi ye//

Sesungguhnya aku menyayangi kuarga ku...

Monday, 29 September 2014

Selamat Memasak Puan Suaray & Pn Safinas - My officemate


Kan saya dah bagitau dulu, kalau dah rasa mesti nak lagi...Sedap kan..tak tipu kan..Nah sekarang dah boleh masak pulak untuk family pula. Tentu anak-anak suka, sekali sekala tukar menu pula kan.

Suraya - order jangan tak order

Finas, jangan tak masak ya



Sesiapa yang nak merasa keenakan sila lah hubungi saya .....walahhh

Thursday, 26 June 2014

FIRST TIME PROMOSI DI AMDAC(M) SDN BHD

 Assalamualaikum semua,

Lama betul tak menaip di blog aku sendiri, walaupun takde sapa yang perasan namun aku tetap nak menaip. 

Ni hah..saja nak post gambar rakan sekerja di tempat baru..hi hi.hi.. Dengan cuaca yang agak bahang di luar masing-masing keberatan nak keluar makan..nah aku sediakan kuah  mi bandung muar.hanya perlu didihkan air dan masukkan paste mi bandung muar lepas tu pecah kan telur, simple sangat. maaflah tak sempat nk beli isi kuah tu..tapi walaupun tak meriah kuahnya tapi licin... hihi. 

abis dah syam.

Sedap kan
Wah Ira..sempat posing gitu
Kalau nak terasa nk makan jangan segan silu nak order.

Tuesday, 20 May 2014

Program Sambutan hari ibu - Shah Alam2, Puncak Alam

Kali ini  aku bukan nak post produk jualan tapi just nak share kegembiraanku.

Syukur ku atas rahmat mu Ya Allah. Program yang dirancang telah berakhir dengan jaya dan cemerlang. Setelah beberapa minggu tidurku sering  kelewatan namun semangat rakan seperjuangan memberi ku inspirasi untuk meneruskan perancangan ini dengan tanpa jemu.
Sesungguhnya aku tidak pernah menyangka akan duduk sebaris dengan tetamu jemputan  diatas pentas dan  terujaku bersama mereka masih berada di ingatanku. Ingin ku khabarkan bahawa aku mempunyai team yang amat komited dengan tugasan yang diberi dan menjadikan program ini sukses. Alhamdulilah





Bersama dengan Ustazah Ros Izanuri , penceramah dan Penulis buku

Bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor - Pn Hjh Noraini Roslan